Ahad, 30 Ogos 2015

Selamat Menyambut Hari Merdeka

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa,

Apa khabar pengunjung semua, aku harap semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Sempena bulan kemerdekaan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari merdeka dan hayati selogan sehati sejiwa dengan sebenar-benarnya. Semua merdeka kali ini juga memerdekakan pemikiran kolot yang menjajahi sekelumit warga bumi tercinta ini. Semoga kita semua merdeka dalam aspek ekonomi diri sendiri dengan tidak lagi dikongkong oleh along tak bertauliah. Jika sekadar hutang rumah, peribadi, itu adalah lumrah bagi sebilangan penghuni bumi bertuah ini.

Moga kemerdekaan kali ini melonjakkan mekanisma ekonomi semua warga dengan cara menambahkan upaya menjana pendapatan tepi disamping kerja hakiki masing-masing. Usaha perlu ditingkatkan supaya kemerdekaan sebenar boleh digapai dan dapat membebaskan diri dari belenggu hutang 'bodoh'. Ya, harapan juga kepada pemimpin supaya prihatin dengan rintihan rakyat marhaen yang saban hari menghitung nasib masing-masing mengenangkan kos barang keperluan yang meroket dan pendapatan yang merudum. Diharap keinsafan menyinggahi pemimpin negara supaya lebih memahami dan cakna akan permasalahan rakyat terbanyak bukan hanya melirik kepada para pembodek yang sekian kalinya melapor yang enak dan indah sahaja disamping mengkarpetkan permasalahan sebenar.

Ooops melarat pula. Mesti korang ingat program yang aku join ini sudah bungkus kerana hampir 3 minggu tiada update terkini. Sebenarnya selepas entri terakhir hari tu, aku terpaksa menunaikan tugas-tugas yang diarahkan menyebabkan aku tiada masa untuk berblog. setelah tiga minggu berlalu, keadaan hampir reda, dan aku boleh mula kembali menulis. walaupun begitu, dalam tempoh 3 minggu tersebut, aku berjaya membuat 2 pengeluaran.iaitu pengeluaran ke 13 dan ke 14. InyaAllah, hari isni bersamaan dengan 1 september 2015 nanti aku akan membuat pengeluaran ke-15. Doakan aku supaya semuanya berjalan lancar.

Dalam tempoh 3 minggu ini, aku dapati website adclickxpress masih berjalan dengan normal, dan pengeluaran masih dibayar setiap hari. Ahli dari seluruh dunia nampknya masih menaruh harapan lagi terhadap adclickxppress ini. Bagi aku, akau akan layan sehinggalah program ini bungkus atau scam. Sehingga itu, aku akan terus membuat pengeluaran dan membeli adpack baru setiap minggu. Harap adclickxpress panjang hayatnya. InsyaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan