Rabu, 5 Ogos 2015

Adpack Adclickxpress Sudah Tamat

Assalamualaaikum dan salam sejahtera,

Hi geng semua. Apa khabar? harapnya anda semua dalam situasi baik-baik belaka. Walaupun suhu politik negara tercinta ini sedang meningkat naik, diharap para pengunjug semua dalam situasi aman-aman sahaja. Okeh, untuk posting kali ini, aku ingin memaklumkan tentang pakej adpack yang expired. Ya, setiap adpack yang aku beli mempunyai tempoh hayat sehingga 150%. Ini bermaksud setelah pakej menjana 150% dengan kata lain keuntungan sebanyak 50% dari nilai adpack, maka adpack itu tidak lagi menjana pendapatan. Aku perlu membeli adpack baru untuk meneruskan kelangsungan dalam game adclickxpress ini. Ini merupakan salah satu cara buat duit dengan adclickxpress.

3 adpack yang aku beli pada 7 julai baru-baru ini telah matang@expired menyebabkkan perolehan harian aku menurun dari usd7.95 kepada usd6.15 sahaja setiap hari. Ini bermaksud nilai 3 adpack tersebut telah meningkat menjadi usd45.00 berbanding kos pembelian usd30.00 sahaja. Ya dalam tempoh 28 hari sahaja adpack tersebut telah menjana 50%. Suatu pencapaian yang boleh dibanggakan. Kalau diikutkan, buat duit dengan adclickxpress ini memang mudah sekali. Cuma, aku tak tahu selama mana ianya boleh bertahan.

Aku kini mempunyai 10 adpack major yang menghasilkan usd6.00 sehari dan 2 adpack minor yang menghasilkan usd0.15 sehari. Aku berkira-kira setelah pengeluaran yang ke-12 minggu hadapan berjaya, aku akan top up adpack sebanyak 4 adpack lagi menjadikan jumlah adpack major sebanyak 14 unit. Permainan ini akan diteruskan sehingga adclickxpress putus hayat. Selagi barnyawa permainan ini akan diteruskan, ini kerna semua yang ada dialam maya initidak kekal selamanya. Bagi geng yang ingin mencuba, boleh klik banner sebelah kanan. Jadi jom sama-sama buat duit dengan adclickxpress.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan