Jumaat, 1 Mei 2015

Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Awal kata pemula bicara, admin ingin mengucapkan "Selamat Hari Pekerja" kepada semua pekerja di Malaysia. Keringat anda semua dalam bekerja memajukan negara amat dihargai. Sumbangan bakti anda membolehkan negara maju dan sejahatera.

Tanpa pekerja seperti anda, negara akan layu dan taraf negara akan menurun dan kerajaan akan goyang. Jadi ingatlah pekerja merupakan elemen penting dalam hidup bernegara. Dengan adanya pekerja, negara memperolehi hasil dari cukai-cukai yang dikenakan kepada anda. Jadi warga pekerja , tahniah kerana menjadikan negara Malaysia lebih sejahtera. Tanpa anda, tiada negara.

Tidak dapat dinafikan kerja ialah faktor individu menjana pendapatan samada untuk diri sendiri atau negara. Gaji yang diperolehi dimanafaatkan untuk menyara keluarga dan menanggung perbelanjaan sekolah si kecil. Dengan kudrat yang dipinjamkan ini, para pekerja membanting tulang untuk mendapatkan sekeping pizza dan syurga idaman. Gaji yang diperolehi oleh para pekerja dikenali dengan pendapan aktif. Namun sempena pelancaran blog dan hari pekerja admin ingin memperkenalkan pendapatan pasif kepada semua samada pekerja, pelajar, penganggur dan pesara. Nantikan kemunculan pendapatan pasif 2015.

Sekian,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan