Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kaya !!! Itulah kata keramat bagi setiap insan. Sapa tak mau kaya? Semua manusia yang normal inginkan kekayaan didunia ini walaupun tahu kehidupan di duni ini adalah sementara sahaja. Ini kerana dengan kekayaan boleh meningakatkan amalan kepadaNya dan dapat beramal dengan lebih sempurna. Persoalannya ialah, manusia dijadikan oleh pencipta tidak sama rezekinya masing-masing telah ditentukan jatuh nasibnya.
Cuma sebagai hamba perlu sentiasa usaha dan berikhtiar kerana tiada siapa dapat meramal masa hadapan. Kita tidak boleh berpeluk tubuh menunggu yang pipih datang melayang dan yang bulat datang bergoleh. Ditambah lagi dizaman whatapps dan twitter ini, peluang sentiasa terbuka untuk mencuba pelbagai cara dan strategi ampuh untuk cuba berjaya menjadi kaya.
Strategi biasa yang diajar dan dipertuturunkan ialah dengan menambah pendapatan bulanan bagi pekerja yang makan gaji seperti aku ni. Ya tambah pendapatan walaupun makan gaji. Pendapatan tambahan boleh dibuat dengan mengerjakan kerja lebih masa atau kerja luar waktu pejabat yang semestinya menuntut kualiti masa bersama keluarga berkurang.
Bagi aku, lebih suka untuk membuat networking kerana membina rangkaian, berpeluang untuk menjana pendapatan yang hebat pada suatu masa nanti. Sudah tentu, kejayaan tidak dapat dicapai dalam sekelip mata, kerana semua memrlukan masa. Seperti pengantin baru, lepas kahwin, bukannya boleh dapat anak segera. Ada prosesnya yang tertentu.
Begitulah dengan membina rangkaian...
>>>>Bersambung part (ii)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan